Tujuh Sebab Suami Sanggup Curang
TUJUH SEBAB SUAMI SANGGUP CURANG Tujuan admin menulis kali ini adalah untuk berkongsi pendapat tentang satu gejala yang berlaku dalam rumahtangga di mana jika tidak ditangani dengan betul, akan meruntuhkan rumahtangga itu sendiri. Gejala yang admin maksudkan adalah tentang kecurangan. Baik lelaki atau pun wanita pasti akan terjebak jika tiada iman di dada. Namun admin fokuskan kepada kecurangan yang berlaku terhadap kaum lelaki kerana ramai isteri di luar sana yang meluahkan rasa hati (curhat) kepada admin tentang suaminya yang bermain kayu tiga. Perasaan isteri mana yang tidak remuk apabila mengetahui bahawa suami yang disayangi selama ini sanggup berlaku curang. Pasti pelbagai pertanyaan akan muncul bagi mencari jawapan walaupun isteri tersebut sudah melakukan yang terbaik bagi membahagiakan rumah tangga yang dibina selama ini. Dari segi psikologi, ada beberapa sebab yang mendorong seorang lelaki bersikap curang. Hakikatnya, kekurangan diri si isteri bukanlah satu-satunya...