Sikap Ego Pembunuh Hubungan
Sikap Ego Pembunuh Hubungan
Salah faham dan perselisihan pendapat memang akan terjadi dalam setiap perkahwinan. Tetapi awas, api yang kecil akan menjadi besar jika tak dibendung dengan matang serta bijaksana. Lebih parah lagi jika dua-dua suami isteri dari jenis yang keras hati dan keras kepala.
Lenturkan ego dan mulakan langkah terlebih dulu sebelum mengharap suami bertindak. Jika hanya menunggu tindakan dari suami, mungkin kita akan terlepas peluang untuk berdamai kembali. Lebih buruk, mungkin hubungan yang sepatutnya masih ada harapan, terputus begitu sahaja.
Justeru itu jangan biarkan ego membunuh hubungan kita. Harus difahami, ada lelaki atau suami yang kurang dalam tindakan terutama yang membabitkan hati dan perasaan. Kebiasaannya, ego orang lelaki lebih tinggi dan fikirannya juga lebih tertumpu pada perkara-perkara besar berbanding perkara kecil yang dianggapnya remeh.
Oleh itu, kita sebagai isteri perlulah mulakan langkah pertama bagi memikat hati suami. Mungkin, tindakan permulaan itulah yang menyelamatkan hubungan rumahtangga dari kemusnahan dan menyuntik kembali cinta yang bersemi di hati selama ini.
Yang menariknya, selepas berdamai kita akan dapati hubungan semakin akrab dan perasaan sayang itu semakin kuat. Yang paling ketara kesannya adalah apabila 'bersama' masing-masing ingin melepaskan 'dendam kesumat' yang bersarang di lubuk hati. Hasilnya adalah kepuasan yang sukar untuk diceritakan. Jadi buang ego demi kebahagiaan dalam rumahtangga.
Kredit: mysakinahdotcom
Join channel telegram 👇
https://t.me/SayaSayangSuami
Rahsia Sulit Kaum Isteri
👇
RahsiaSulit.com
Ulasan
Catat Ulasan