Tujuh Sebab Suami Sanggup Curang
TUJUH SEBAB SUAMI SANGGUP CURANG
Tujuan admin menulis kali ini adalah untuk berkongsi pendapat tentang satu gejala yang berlaku dalam rumahtangga di mana jika tidak ditangani dengan betul, akan meruntuhkan rumahtangga itu sendiri. Gejala yang admin maksudkan adalah tentang kecurangan.
Baik lelaki atau pun wanita pasti akan terjebak jika tiada iman di dada. Namun admin fokuskan kepada kecurangan yang berlaku terhadap kaum lelaki kerana ramai isteri di luar sana yang meluahkan rasa hati (curhat) kepada admin tentang suaminya yang bermain kayu tiga.
Perasaan isteri mana yang tidak remuk apabila mengetahui bahawa suami yang disayangi selama ini sanggup berlaku curang. Pasti pelbagai pertanyaan akan muncul bagi mencari jawapan walaupun isteri tersebut sudah melakukan yang terbaik bagi membahagiakan rumah tangga yang dibina selama ini.
Dari segi psikologi, ada beberapa sebab yang mendorong seorang lelaki bersikap curang. Hakikatnya, kekurangan diri si isteri bukanlah satu-satunya punca mengapa mereka berani melakukannya kerana terdapat faktor-faktor lain yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu.
Kebanyakan lelaki yang bersikap curang sedar akan risiko perbuatan itu termasuk 'perang besar' dan perceraian, akan tetapi mereka tetap melakukannya bagaikan ianya mampu disorok selama-lamanya dari pengetahuan isterinya.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa suami akan berlaku curang terhadap isteri!
MASALAH MENTAL BIPOLAR
Percaya atau tidak, masalah kesihatan mental bipolar boleh menjadi penyebab kaum suami bersikap curang. Ini kerana, gangguan bipolar terdiri dari beberapa tahap termasuk kemurungan yang membuatkan mereka melakukan perkara berisiko seperti mengambil bahan terlarang secara berlebihan.
Perkara ini akan menyebabkan keretakan dalam hubungan suami-isteri yang akhirnya lelaki terbabit mengambil jalan untuk bersikap curang. Dalam fasa kemurungan dengan gangguan bipolar juga boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan keinginan seksual selain berasa kurang kasih sayang.
FIKIRAN YANG BELUM CUKUP DEWASA
Jika seorang lelaki itu tiada pengalaman dalam hubungan serius atau tidak pernah terfikir bahawa bersikap curang boleh melukakan hati ramai orang, individu tersebut sebenarnya merasakan kecurangan itu bukanlah satu kesalahan baginya.
Sebaliknya mereka menjadikan perkahwinan itu sebagai satu 'topeng' bagi melepaskan diri walaupun pada hakikatnya ia menjerat diri sendiri. Jika seorang lelaki itu berfikiran sedemikian, dia sebenarnya adalah seorang yang tidak matang dan belum layak untuk mempunyai isteri.
INGINKAN PENGIKTIRAFAN DARI LAWAN JENIS
Perasaan tidak yakin dan tidak percaya terhadap diri sendiri seperti merasakan diri tidak tampan, miskin dan bodoh berkemungkinan menyebabkan mereka menjadikan ia sebagai alasan untuk curang. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri dan ianya menghantui mereka sepanjang waktu.
Lelaki dengan sikap ini sangat dahagakan pengiktirafan daripada wanita selain pasangannya sendiri dalam membuktikan apa yang difikirkan tentang dirinya adalah salah. Apabila dia berjaya curang, dia akan berpuas hati dan merasa yakin diri.
BERTEMU DENGAN PASANGAN YANG MAMPU MEMENUHI PERMINTAAN
Jika masa bercinta lelaki boleh 'buat hal', inikan pula ketika sudah berumah tangga! Jika sudah tidak berminat dengan perkahwinan, curang adalah pilihan. Apatah lagi, sekiranya mereka bertemu dengan pasangan yang mampu memenuhi semua permintaan mereka terutama layanan yang lebih istimewa.
Oleh itu awasilah suami anda atau sekurang-kurangnya anda perlu tahu dengan siapa suami anda berkawan. Cuba wujudkan suasana yang menyenangkan di rumah serta belajar cara-cara untuk menjadi seorang isteri yang memahami zahir dan batin suami.
MEMPUNYAI IBU BAPA YANG BERCERAI AKIBAT CURANG
Percaya atau tidak, trauma akibat kejadian ketika kecil juga boleh mempengaruhi perilaku seorang lelaki dalam melayari sesebuah hubungan. Kajian mendapati, lelaki yang mempunyai ibu bapa dengan sejarah perceraian akibat kecurangan, berpotensi untuk melakukan tindakan sama.
Jika suami anda merupakan mangsa perceraian ibu bapa yang curang, berikan semangat serta sokongan agar suami anda dapat berfikiran positif tentang perkahwinan dan yang paling penting, dia tidak mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh orang tuanya.
TIDAK PUAS S3K5
Berbanding wanita, lelaki lebih berpotensi bersikap curang yang berpunca dari kepuasan s3ksu4l yang tidak dipenuhi. Ini kerana lelaki lebih gemar menunjukkan rasa cinta terhadap isteri mereka secara fizikal berbanding kata-kata.
Oleh sebab itu, aktiviti s3k5 adalah penting bagi seorang suami menunjukkan keintiman dan rasa sayang terhadap isteri. Sekiranya pasangan menolak, lelaki akan mudah merasa seperti tidak diingini, sekaligus menyebabkan dia 'makan luar' untuk mengecap rasa bahagia.
Kajian turut membuktikan, lelaki yang bermain kayu tiga sebenarnya berharap untuk mendapat kehidupan s3ksu4l yang lebih baik daripada pasangan. Oleh itu jangan sekali-kali mengabaikan keperluan batin suami jika inginkan suami setia dengan anda.
PELUANG DAN KESEMPATAN
Admin pernah bertanya kepada seseorang mengapa suaminya berskandal dengan rakan sekerja di pejabat. Jawapannya adalah suaminya sentiasa berjumpa dengan wanita tersebut setiap hari. Pada mulanya hubungan mereka hanyalah rakan sekerja. Apabila semakin lama, hubungan itu menjadi serius dan intim.
Mereka mendapat peluang berjumpa pada waktu kerja dan mereka juga mendapat kesempatan untuk memadu asmara apabila tiada orang di sana. Apabila wujudnya peluang dan kesempatan, ditambah dengan hasutan syaitan, maka kecurangan pasti akan berlaku.
Bukanlah admin ingin mencari salah sesiapa. Niat admin hanya untuk berkongsi maklumat dan pendapat agar hubungan anda dan suami kekal dilandasan yang betul. Lagi pun salah satu punca perceraian terbesar adalah disebabkan oleh suami yang suka bermain kayu tiga di belakang isterinya.
Jika anda rasakan artikel ini berguna, silalah share agar lebih banyak lagi perkahwinan dapat diselamatkan. Setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Semoga kita semua mendapat barakoh dari kebaikan-kebaikan tersebut, insyaAllah.
Kredit: RahsiasulitDotCom | mstarDotComDotMy
Nak tahu rahsia layanan hot untuk suami? 👇
https://ebook.rahsiasulit.com/menambatsuami
Join channel telegram 👇
https://t.me/SayaSayangSuami
Ulasan
Catat Ulasan