Lapan Tip Tingkatkan Sifat Romantis Suami isteri



Penting ke sifat romantis dalam perkahwinan? Sebenarnya ianya bergantung pada individu itu sendiri. Bagi admin, ianya perlu bagi mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan. Di bawah ini dikongsikan rahsia bagaimana meningkatkan sifat romantis suami isteri.

• Sentiasa rasakan usia perkahwinan bukan penghalang, kekal bercakap dengan nada lembut dan rajin bertanyakan masalah dihadapi pasangan.

• Kekal berpegangan tangan ketika keluar rumah atau setidak-tidaknya jalan bergandingan. Jangan berjalan sendirian iaitu suami di depan manakala isteri di belakang bersama anak-anak.

• Raikan setiap tarikh istimewa seperti tarikh ulang tahun perkahwinan dan hari lahir diri, pasangan serta anak-anak.

• Cuba cari masa berdua dengan keluar makan bersama tanpa anak. Jika susah, cukuplah makan berdua di rumah ketika anak sudah tidur atau anak ke sekolah.

• Jika mempunyai lebih bajet boleh pergi melancong berdua-duaan walaupun cuma di dalam negara.

• Sentiasa rasakan pasangan kita adalah yang terbaik dan usah fikirkan kekurangan yang mereka ada. Ini kerana tiada manusia yang sempurna. Kita juga ada kekurangan tersendiri yang mungkin sampai sekarang belum mampu diperbaiki.

• Boleh belikan hadiah mengikut kesukaan atau yang diperlukan pasangan.

• Jadilah insan yang pemurah dengan pujian. Jangan jadi isteri atau suami yang suka mengungkit peristiwa lama yang boleh menimbulkan pergaduhan.

• Elakkan menyentuh isu atau perkara yang tidak disukai pasangan.

• Jika mahu menegur pasangan, mulakan dengan pujian dan tegurlah secara lembut menggunakan perkataan yang baik.

• Duduk di sebelah pasangan ketika dia makan walaupun anda sudah kenyang. Menemaninya ketika makan memberi anda peluang untuk berbual-bual.

Tak salahkan rasanya jika anda dan suami kekal dalam hubungan yang romantis? Tiada istilah tua atau muda jika hendak bermula. Semoga perkongsian ini bermanafaat buat anda.

Credit HMetro

Join FB kami 👇

Join channel telegram kami 👇

Ulasan

Visitors

Catatan popular daripada blog ini

RAHSIA PANGGILAN MANJA BUAT PASANGAN

Panduan Praktikal Menguruskan Kewangan Keluarga bagi Kaum Isteri

11 Amalan Harian Isteri Hebat yang Mesti Anda Cuba